"Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan."

Tuesday, August 24, 2010

bila arab berbahasa melayu part 2

bila hari kuliah dalam senggang masa antara lecture tuh,kitorang student2 niyh selalunya akan pegi ke satu kedai niyh tuk beli makanan.kedai niyh dikira mcm tempat lepak-ing jugak la.sebab dia yang paling dekat tuk beli makanan acap kali bila time kelaparan en.tp aku agak kebosanan jugak dengan menu2 disitu.haha.*i wish ade mee rebus ke soto ke nasi lemak*
balek2 burger bathotis,burger lahmah,burger firokh.act ade jugak yang laen tp ala2 yg same jugak laa adek beradik shawarma.tp disebabkan tiga2 niy jela yg ak selalu beli.dan student2 laen gak.kiranya permintaan tinggi laa.so die cepat sket siap.diorang mcm da tau2 gak laa kitorang nak order apa.yang beza sket kalau nak tambah gibnah.

so,ada satu masa tuh disebabkan perut aku dah maen gendang2 en siap nyanyi2 lagi.

"gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati"

so phm2 je la isyarat tu en.aku pon gi la kedai tuh.dlm kesesakan tuk beli mknn tuh aku belek dulu menu yg terpampang kat kedai tuh.lepas da decide tuh,aku pon nak gi order~

"ana a'izah burger lahmah bil gibnah wahid"

pastu si penjual kedai tuh pon membalas;

"mau daging keju satu?"

aku pon menjawab;

''aiwah"

dalam hati aku pon berkata,aku punya lah cakap bahasa arab,dia pulak yang cakap bahasa melayu.haha.tapi yang tak bole tahan tuh perkataan daging keju.jarang aku nak dengar.lagi2 daripada orang melayu sendiri.selalunye kalau nak order pun paling2 gune 'cheeseburger'.english jugak yang guna.tapi niy orang arab sendiri guna bukan main baku lagi daging keju.hehehe.tp orang arab kat sana memang ramai yang tau cakap bahasa melayu walaupun tak fasih sangat.tp kalau ayat2 yang memang dah biasa guna kat sana diorang tau.


**********************************************

kamus bahasa ammiyyah mesir

bathotis=kentang
ana=saya
lahmah=daging
a'izah=mahu
firokh=ayam
gibnah=keju
wahid=satu

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails