"Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan."

Tuesday, August 24, 2010

bila arab berbahasa melayu part 1

Teringat masa bila masuk musim winter,sume dok sibok risau pasal berat badan,ngehngeh.sebab makan aje tp lemak nye tak terbakar.pastu asyik je la perut menyanyikan lagu keroncong tuk request makanan.tak kurang jugak katil dengan cik saratoga (comforter) pulak seakan-akan memanggil manggil nama.tambahan lagi malam pulak lebih panjang daripada siang.memang bertambah tambah lah gamaknye si lemak tepu.

skang niy tak kurang jugak bile bulan puasa,ramai la yg amek kesempatan kononnya bila puasa dengan harapan jugak bole lah kurang kan berat badan.kehkehkeh.ada yg target turun 5 kg,10kg,turun setengah kilo pun jadik laa yek!mungkin ada yang berjaya dan mungkin ada yang tidak.almaklumlah,bila sampai part berbuka macam seminggu tak makan gayanya.makanan berbuka yang terhidang atas meja tanak kalah macam kenduri.;)

"Jangan makan secara berlebihan sewaktu berbuka puasa. Ini kerana setelah seharian berpuasa, aktiviti gastrik di dalam perut akan menurun pada tahap yang minimum. Apabila kita mengambil makanan semasa berbuka puasa, aktiviti gastrik akan meningkat. Kebiasaannya kita akan mengambil makanan yang banyak sewaktu berbuka puasa. Ini akan menyebabkan peningkatan asid yang terlalu mendadak. Keadaan ini akan mengakibatkan ketidakselesaan dan boleh menjejaskan kesihatan. Oleh itu, makanlah makanan yang ringan terlebih dahulu sewaktu berbuka puasa untuk mengelakkan peningkatan aktiviti gastrik yang mendadak. Ia juga dapat mengurangkan masalah semasa berpuasa dan kita dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna. "



biasalah kan kadang2 bila part nak prepare makanan uh,uishhh.rasa macam tak cukup niyh.tp selalu apa yg terjadi,bila dah makan tuh sekejap je da kenyang tp disebabkan makanan yang disediakan tuh pulak yg banyak,digagahkan jugaklah si perut tuk menghabiskan sebab tak mau membazir.tak ke gitu?~


Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya" (Surah al-Isra', ayat 27).

****************************************

ada satu hari tuh masa baru balik dari kuliah,gi la singgah satu kedai farmasi sebab temankan kawan nak beli ubat.farmasi tuh dekat jek ngan blok yg kitorang tinggal masa tuh.tapi sekarang dah pindah rumah baru dekat dengan restoran yg selalu kitorang gi beli mknn.hihi.senanglah nampaknya nak tambahkan berat badan masing2.haha;)

apa yang nak diceritakan sebenarnya.dalam farmasi tuh yg specialnya sebab ada penimbang berat badan.so,dah terlanjur masuk farmasi tuh,sementara kawan gi beli ubat,aku pon amek kesempatan lah timbang berat badan.huahuahua.dalam kerisauan dok meneliti jarum penimbang berat tuh tetiba si penjual farmasi tuh pon ketawa berdekah2 ke arah ku sambil berkata
"jamuk! jamuk! jamuk! hahahahaha!;D

aku yang dalam kepelikan dan ke'blur'an puas memikirkan apa agaknya yang si penjual arab tu cuba memperkatakan.lepas pikir2 tak dapat gak.aku pun tanya lah kat si penjual tuh balek.

"jamuk?jamuk eih?"



pastu kawanku yang sedang nak bayar duit beli ubat tuh pon menyampuk.

"dia nak cakap gemok tuh.aku pon da pena kena dengan dia haritu."

alkisahnya laa.puas dok aku pikir rupanya dia nak kata gemok.sampai jadik jamuk.=,=


***************************************

kamus bahasa ammiyyah mesir

eih=apa

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails