"Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan."

Saturday, December 19, 2009

tak faham

kenapa kebelakangan ni lepas satu satu anynomous datang singgah kat blog aku ni yang seakan2
tak puas hati ngan aku.aduyaii..
wahai saudara/saudari anynomous sekalian.jika ada sebarang ketidakpuashatian anda
terhadap saya.sila berterus terang dengan saya menerusi talian 014 tekan2 tak dapat.
haha.

menyentuh kepada statement seorang anynomous terhadap post saya yang bertitle
"kenapa ye?"

"anynomous:belum ape-ape dah nak memperlekehkan bahasa melayu kita.baru belajar di mesir dah lupa cara orang melayu kita.cube untuk memperlekehkan pulak tu.jangan post contain yang menyentuh sensitiviti orang malaysia seta memperlekehknnye sehingga ketawa.kemungkinan ibu anda turut sama menggunakan ayat tersebut.perbuatan anda ibarat anda memperlekehkn ibu anda sendiri.berfikirlah dgn lebih professional ."

aduh.da macam berpolitik pulak da.saya tak minat bab2 mcm niy.maaf ye.

terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kepada cik anynomous tu jika anda telah salah faham terhadap maksud post saya.saya minta kepada anda supaya membaca nya dengan lebih teliti supaya dapat menerima mesej sebenar yang ingin disampaikan sebelum memberikan kritikan yang tidak berasas kepada saya.

  1. post saya tidak bermaksud untuk menyentuh sensitiviti orang malaysia kerana saya juga rakyat malaysia yang sensitif.
  2. memperlekehkan bahasa melayu?oh.tidak pernah sama sekali terfikir untuk berbuat sedemikian.saya juga orang melayu.
  3. post berkenaan hanyalah sebuah pertanyaan,persoalan dan perbincangan terhadap fenomena zaman sekarang.
  4. tidak pernah saya lupa cara orang melayu kita.malah saya sentiasa amalkan hingga sekarang.
  5. tidak perlu untuk menyentuh dimana saya belajar.memang saya belajar di mesir.tapi saya tidak pernah lupa kepada malaysia tanah air saya.dan saya juga merindui malaysia.
  6. jika cik anynomous ni seorang yang pakar bahasa.anda seharusnya berusaha untuk membaiki fenomena zaman sekarang yang telah jauh menyimpang daripada bahasa melayu sebenar.sebagai contoh persoalan yang saya utarakan pada post saya iaitu fenomena percakapan berulang2.bukankah itu salah dari struktur ayat sebenar?bukankah itu adalah bahasa rojak yang sering digunakan pada zaman sekarang?jadi,cik anynomous boleh berfikir dan mencari inisiatif supaya fenomena seperti itu tidak berlaku.
  7. cik anynomous,anda menegur saya seolah2 anda ingin membiarkan perkara itu terus berlaku.jika anda seorang yang betul2 pakar bahasa sepatutnya anda harus faham tentang itu.
wassalam.


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails