"Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan."

Monday, March 22, 2010

DON'T

>Jangan sengaja lewatkan solat.
> Perbuatan ini Allah tidak suka.
>Kalau tertidur lain cerita.

>Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas
> kaki (selipar).
> Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,
> mengotori seluruh rumah kita.

>Jangan makan dan minum dalam
> bekas yang pecah atau sumbing.
> Makruh kerana ia membahayakan.

> Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah
> digunakan tidak berbasuh.
> Makruh dan mewarisi kepapaan.

> Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti
> rezeki mahal
> (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu
> berkat).
>
> Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
> Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

> Jangan keluar rumah
> tanpa niat untuk membuat kebaikan.
> Takut-takut kita mati dalam
> perjalanan.

> Jangan pakai sepatu atau selipar yang
> berlainan pasangan.
> Makruh dan mewarisi kepapaan.

> Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
> Nanti hati kita gelap
> diselaputi dosa.

> Jangan menangguh taubat bila berbuat
> dosa kerana mati boleh datang
> bila-bila masa.

> Jangan ego untuk meminta maaf pada
> ibu bapa dan sesama manusia
> kalau memang kita bersalah.

> Jangan mengumpat sesama rakan
> taulan. Nanti rosak persahabatan kita
> hilang bahagia.
>
> Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
> dalam setiap kerja kita.
>
> Nanti kita sombong apabila berjaya.
> Kalau gagal kecewa pula.

> Jangan bakhil untuk bersedekah.
> Sedekah itu memanjangkan umur
> dan memurahkan rezeki kita.

> Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

> Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah
> ciri-ciri munafik dan
> menghilangkan kasih orang kepada kita.

> Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa
> makhluk yang teraniaya
> cepat dimakbulkan ALLAH.

> Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
> Akhirat itu lebih utama
> dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

> Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
> Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

> ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
> untuk hamba ciptaanNya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails