"Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan."

Monday, January 18, 2010

cuba sekali mahu berkali kali




ada apa dengan coklat?kenapa coklat ni sedap sangat?hihi.kalau tengok kat kedai uh rambang mata woo.mcm nak beli jek semua.my housemate siap nak buat kempen taknak makan coklat.cakap je nak kempen tapi makan jugak.haha.sebab dak2 kat sini kebanyakannye addicted dengan coklat mandolin~
siap ade stock coklat uh berkotak2.coklat uh cam dah jadi makanan sampingan time belajar.konon2nye pemberi tenaga gitu.almaklumlah bila study kan menggunakan energy.energy metabolism la katakan.haha.
siapa yang tak cuba lagi?cuba sekali mahu berkali-kali.

jom makan coklat!:D

Coklat bukan sahaja sejenis makanan yang berkhasiat tetapi juga menyumbang kepada pemakanan yang seimbang berdasarkan kepada asas pemakanan berikut:-
Lemak merupakan 35% pengambilan tenaga secara purata
Protein kira-kira 15% daripada pengambilan tenaga
Karbohidrat kira-kira 50% daripada pengambilan tenaga
Maka coklat boleh menyumbangkan:-

15% Lemak
6% Protein
17% Karbohidrat
15% Tenaga
++ Vitamin dan Mineral yang diperlukan


Lemak koko dalam coklat mengandungi 38.2% asid oleik iaitu sejenis asid lemak tidak tepu yang berperanan merendahkan paras kolesterol di dalam darah.
Sementara asid sterik iaitu asid lemak tepu yang terkandung di dalam lemak koko pula mempunyai kesan neutral terhadap paras kolesterol.


Melalui kajian yang dijalankan didapati bahawa coklat mengandungi bahan anti-kerosakan gigi Seperti tannin, kasein dan asid oksalik.Tannin ialah sejenis bahan yang menghalang pembiakan bakteria yang akan membentuk plak dan asid di dalam mulut. Asid yang terhasil daripada proses pemecahan makanan oleh bakteria merupakan punca kerosakan gigi. Plak adalah sisa-sisa makanan yang melekat pada gigi akibat tindakan bakteria.Kasein di dalam coklat susu pula bertindak mengurangkan kerosakan gigi dengan menghalang pertumbuhan plak dan seterusnya mengurangkan pengeluaran asid.Kasein juga membantu dalam pertumbuhan gigi.Asid oksalik merencatkan pengeluaran enzim bakteria dan seterusnya menghalang pengeluaran asid.


Lemak koko yang merupakan bahan asas di dalam coklat mempunyai ciri-ciri kecairan yang membolehkan ia mudah cair di dalam mulut. Pertumbuhan plak gigi terhalang kerana coklat tidak tersimpan lama di dalam mulut.


Coklat dan serbuk koko mengandungi phenol sejenis bahan kimia yang membantu mengurangkan risiko sakit jantung. Phenol bertindank dengan menghalang lemak seperti zat di dalam aliran darah daripada teroksida dan menyumbat arteri.


Coklat mengandungi nilai tenaga yang tinggi dalam bentuk mudah dan padat. Oleh itu, ia amat sesuai dijadikan makanan gantian semasa menjalankan aktiviti luar seperti mengembara, mengikuti ekspedisi pendakian, bersukan serta aktiviti-aktiviti rekreasi yang lain. Coklat merupakan bekalan makanan mudah yang boleh dimakan bila-bila masa dan di mana jua.


2 comments:

sYafiQ rIDhWaN said...

hehe..salam..~!!
thanx bagi info yang berguna ea..
=)
aku suka makan coklat taw~!!

| h.u.d.a | said...

no probs:D
aku pun suka.
bile nak belanje?hehe.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails