"Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan."

Saturday, November 6, 2010

:)

Good Luck to all semester 3 students Mansoura Manchester
for mid sem exam tomorrow!
All The Best ! :)

p/s:juz a few hours left~

Thursday, October 28, 2010

NAK kawen AWAL?



HEHE.ada sesiapa yang menyimpan hajat untuk kawen awal?tapi tak tahu mcm mana nak luahkan kat parents dan mintak restu mereka?


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Kepada ayah yang ku kasihi dan bonda yang ku cintai…

Apa khabar dengan keluarga di Labuan? Semoga hendaknya dalam keadaan sihat dan mendapat rahmat ALLAH sentiasa.

Ajib pun tak berapa jelas mengapa ajib nak tulis surat ni kepada mak dan ayah. Rasanya sepanjang hidup ni, jarang benar ajib tulis surat untuk mak dan ayah. Selalunya kalau ada apa-apa pun, ajib selalu telefon saja berbanding untuk menulis surat. Tapi adakalanya juga, ada sesetengah perkara yang ajib tak boleh nak cakap melalui telefon dan lebih suka untuk membincangkannya dalam bentuk surat.

Dipendekkan cerita, ajib sebenarnya untuk meminta redha dari mak dan ayah untuk bernikah. Mungkin mak dan ayah terkejut apabila ajib cakap macam nie. Ajib bercadang untuk bernikah dalam tempoh kurang dari satu tahun dari sekarang. Ajib nak nikah nie bukan kerana nafsu semata-mata tapi hanya ingin menyempurnakan sebahagian dari agama. Selain itu, dengan nikah, ajib akan lebih terpelihara daripada melakukan sebarang maksiat kepada ALLAH.

Kadang-kala, ajib rasa hairan, masyarakat sekarang lebih suka anak-anak mereka ada boyfriend dan girlfriend. Kemudian dibenarkan pula berjalan berdua-duaan tanpa mahram perempuan tersebut. Perkara ini haram di sisi Islam. Sedangkan Islam telah memberikan satu jalan keluar yang baik dalam masalah ini iaitu dengan nikah.

Ajib bukan terburu-buru untuk bernikah, tapi ajib nak mak dan ayah boleh faham konsep nikah yang sebenarnya di dalam Islam. Islam menganjurkan nikah adalah untuk mengurangkan berlakunya maksiat di dalam masyarakat seperti zina. ALLAH SWT berfirman:

“Dan janganlah kamu menghampiri zina…” (Surah al-Isra 17: 32)

Zina takkan terjadi di antara lelaki dan perempuan dengan serta-merta. Zina akan berlaku melalui beberapa step (langkah) yang menghampiri kepada zina sebagai contoh berjalan berduaan lelaki dan perempuan tanpa mahram (boyfriend dan girlfriend). Walaupun bertunang, Islam tidak membenarkan pasangan tunang tersebut untuk berdua-duaan tanpa mahramnya. Tunang bukan tiket untuk menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan. Ini hanya tradisi yang terdapat dalam masyarakat melayu. Islam menyuruh orang muslim untuk bernikah untuk menghalalkan hubungan tersebut.

Mengikut kajian yang dilakukan di sebuah universiti tempatan, 80% mahasiswa yang cemerlang adalah terdiri dari mereka yang telah berkahwin. Ini kerana pasangan yang telah berkahwin, merasakan mereka ada tanggungjawab yang harus mereka pikul, dan akhirnya mereka bersungguh-sungguh dalam pelajaran untuk mencapai kecemerlangan. Jadi, orang yang bagi alasan bahawa menikah sewaktu belajar akan mengganggu study adalah tidak tepat.

Di universiti ajib, ramai pelajar yang ‘bercouple’ dan mereka boleh belajar seperti biasa. Tapi, apa yang mereka buat tu adalah maksiat. Kan elok, kalau ibubapa mereka membenarkan mereka bernikah dan mereka pun boleh belajar seperti biasa. Yang ini adalah yang disuruh dalam Islam. Jadi apa perbezaannya? Yang satu, belajar tapi diiringi dengan maksiat (macam mana nak berkat ilmu yang belajar) dan yang satu lagi belajar dan telah pun menunaikan salah satu sunnah Rasul SAW. Sekarang pilihan di tangan kita, samada nak kepada benda baik atau buruk.

Mengenai calon, ajib takde lagi. Tapi, InsyaALLAH kalau mak dan ayah bagi ajib green light, masalah calon, mak dan ayah jgn risau (bagi tempoh 6-8 bulan), yang penting mak dan ayah bersedia. Ajib lebih suka calon tu ajib yang pilih sendiri. Tapi tak bermakna mak dan ayah tak boleh memilih calon yang sesuai untuk ajib.

Mak dan ayah mungkin akan bertanya bagaimana pulak ajib akan memberikan nafkah zahir dan batin kepada isteri yang ajib nikahi nanti. Seperti yang ajib katakan awal-awal tadi, ajib nak nikah bukan kerana nafsu semata-mata. Dalam tempoh ajib belajar, dan kemungkinan juga perempuan tu juga sedang menuntut di unversiti, maka ajib akan buat syarat yang dipersetujui bersama untuk menangguhkan dahulu nafkah batin untuk tempoh tertentu. Dalam sirah Rasulullah SAW, Rasul bernikah dengan dengan Saiditina Aisyah ketika Aisyah berumur 9 tahun dan berumah tangga dengannya pada umur Aisyah mencecah 12 tahun. Ini bermakna Rasulullah menunaikan nafkah batin untuk Aisyah ketika mana Aisyah berumur 12 tahun, iaitu 3 tahun selepas menikah. Kalau dalam istilah kita dipanggil ‘nikah gantung’. Tak kisah lah apa pun namanya yang penting Rasulullah telah mencontohkan perkara seperti itu. Tapi selepas menikah, maka hubungan lelaki dan perempuan yang dulunya terbatas kini telah tiada. Kalau ajib telefon dia, ajib dapat pahala, ajib rindu kat dia, ajib dapat pahala, ajib bagi hadiah kat dia, ajib dapat pahala malahan kalau ajib keluar berdua-duaan dengannya adalah halal. Kan ini lebih baik dari mereka yang ber ‘couple’. Kalau pasangan yang belum menikah, mereka telefon sesama sendiri, dipanggil zina mulut dan telinga (dosa), rasa rindu di hati dipanggil zina hati (dosa), keluar berdua-duaan lagi, tambah lagi satu dosa. Jadi, ajib nak tanya pada mak dan ayah, adakah mak dan ayah sanggup untuk membiarkan anaknya untuk bergelumang dengan dosa atau mengikut Sunnah Rasul yang tercinta iaitu nikah. Sekarang pilihan di tangan kita…

Berkenaan nafkah zahir pula, memandangkan ajib masih belajar dan mungkin juga dia masih belajar, maka ana akan berbincang dengannya untuk mempertimbangkan perkara ini. Nafkah zahir wajib ajib bagi sebagai suami walaupun dalam jumlah sedikit. Sebagai contoh, kalau nanti dia setuju untuk menerima RM 50 sebulan, maka ajib akan bagi dia sesuai dengan kehendaknya. Lagipun, untuk sementara waktu ini, biarlah mak dan ayahnya menanggung makan, minum dan pakaiannya walaupun sebenarnya ini tugas seorang suami. Tapi tak salah kalau ibu bapa sanggup untuk menyara kehidupannya sementara menunggu waktu apabila sudah bersedia berumah tangga. (minta dibezakan antara erti nikah dan berumah tangga). Macam sekarang ni lah, kalau nenek bagi mak baju sebagai hadiah, takkan mak tak terima dan bagi alasan kewajipan beri pakaian ini hanya terletak pada suami. Mak akan terima juga. Kalau nenek menjamu mak dengan makanan, mak jangan tak makan kerana dengan alasan yang patut menanggung makan minum kita adalah suami. Yang penting, isteri mesti redha dengan apa yang diberi oleh suami. Kalau mak dan ayah masih kurang jelas, mak boleh bertanya kepada ustaz mengenai masalah ini. Mak dan ayah jgn risau, sebelum ajib nak nikah, ajib akan jelaskan hal ini kepada bakal isteri ajib. Kalau dia menyetujuinya, alhamdulillah, kalau tak ajib tangguh dulu. Apa-apa pun, ajib tegaskan sekali lagi, ajib nikah ni bukan kerana nafsu semata-mata, tetapi adalah untuk memelihara seluruh anggota zahir dan batin ini dari terjebak ke lembah dosa.

Ajib tengok semua abang ajib nikah awal dalam umur 22 tahun. Ajib cadang pun gitu juga. Banyak juga kelebihan kahwin awal ni antaranya waktu ajib tua nanti, ajib tak risau sebab waktu tu anak-anak dah besar dan mungkin dah ada kerjaya sendiri. Kalau kahwin lambat, nanti waktu tua (dah pencen), ada anak-anak ajib nanti baru masuk darjah satu, ada yang ambik PMR dan SPM dan perlu banyak duit. Waktu dah pencen, nak harap wang pencen, sikit sangat. Mau tak mau, dah tua-tua kena kerja juga banting tulang nak sara anak-anak yang masih sekolah. Sepatutnya waktu tu, ajal nak dekat sampai, patutnya lebih banyak beribadat kepada ALLAH. (tak bermaksud sekarang tak perlu nak beribadat, ajal dan maut di tangan Tuhan. Tua pun mati, yang muda pun mati). Ajib juga harap, anak-anak ajib nanti (kalau ada rezeki) akan dapat menerima belai kasih dari datuk dan neneknya sebelum mak dan ayah meninggalkan dunia yang fana ini.

Dan kelebihan yang lebih besar dari itu ialah kita dapat menundukkan pandangan dan nafsu kita dari bermaksiat kepada ALLAH di samping mengikut sunnah Rasul SAW. Dalam umur muda nie, macam-macam dugaan dan cabaran yang menanti. Punca maksiat ada di mana-mana. Ajib tak nak ajib akan terjerumus ke dalam jurang dosa dan lebih-lebih lagi harapan mak dan ayah untuk tidak nak melihat anaknya untuk menderhaka kepada ALLAH dan Rasul.

Ajib sebenarnya dah buat satu risalah mengenai nikah ni tahun lepas dan ajib dah pos ke rumah pada tahun lepas juga. Tapi sampai kat Usu Mol, sebab ajib tak tulis nama mak dan ayah. InsyaALLAH dalam risalah tu ajib ada terangkan tentang konsep perkahwinan di dalam Islam.

Diharap mak dan ayah tak terkejut dengan kehadiran surat ini. Ajib nak mak dan ayah terima surat sebagai satu surat biasa yang tak perlu untuk dijadikan isu keluarga yang besar. Sebab bagi ajib, kalau ajib membicarakan masalah ni, ia adalah satu yang normal sebab ajib pun seorang lelaki yang akhirnya akan bernikah jua. Mungkin saja ajib membicarakan hal nikah ni ketika mana ajib baru berusia 20 tahun (dalam tahun Islam, ajib dah 21 tahun). Tapi ini tak boleh dijadikan alasan untuk tidak menyetujui pendapat ajib ini. Diharap mak dan ayah dapat membaca surat dengan ikhlas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Ajib tidak memaksa mak ayah untuk menyetujui seratus peratus apa yang ajib katakan ini, tapi jika ada kebenaran dalam hakikat, apa salahnya untuk kita menerimanya dengan hati yang lapang dan fikiran yang terbuka.

Kalau boleh jgn bagitau abg jul dan abg didi, mungkin mereka tak setuju dengan keputusan ajib ini atas beberapa faktor. InsyaALLAH, kalau ada apa-apa nanti, ajib akan maklumkan kepada mereka. Sebenarnya bagi seorang lelaki, dia tak perlu untuk minta izin kalau nak nikah tetapi Islam menyuruh kita tidak membelakangi orang tua dalam kita nak buat keputusan. Sebab redha ALLAH adalah berserta dengan keredhaan mak dan ayah. Berbanding dengan perempuan, mereka harus minta izin, sebab ayahnya harus jadi wali dalam pernikahan nanti.

Akhirul kalam, doakan ajib di sini agar dipermudahkan urusan di dunia dan di akhirat. Kirim salam dengan semua keluarga di Labuan.


Puteramu,
Ajib

:)

lelaki CANTIK.perempuan GAGAH.








Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki????

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.

3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.

5) Lelaki yang sentiasa berbaik sangka.

6) Lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki…

Dan dimana Kegagahan Wanita???

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW:

“Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat ”

Surah Al-Ahzab : Ayat 71

“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.”

Thursday, October 21, 2010

3,2,1..




*counting days for mid sem exam*



tik,tok,tik,tok,tik,tok

------------> 7/11/2010




p/s; sekarang ni mengalami masalah sindrom tido awal.kalau awal tape.tapi terlalu awal.adoii.malam lagi panjang daripada siang but it doesn't mean u can sleep more okey !=,=



Friday, October 15, 2010

operation theatre





bahan-bahan nya ialah....


ubi kentang gergasi ! mari kita buat perbandingan ! 4 kali besar berbanding ubi kentang malaysia.


mangsa pertama:si puyuh !


puyuh yang sedang aerobik ! mari renggangkan otot !
tarik nafasss !


hembusss !


oke,puyuh da penat ! kita simpan untuk di goreng kemudian hari.haha.


ayam sebagai pengganti ~
mendidih menggelegak ! agak2 korang untuk berapa orang makan ? haha





ayam tomyam yang telah siap dihidang ! :) <3

special for housemate lagi 2 orang yang baru balek dari malaysia dan bakal sampai kejap lagi.
tapi kalau korang sampai lambat sangat dan kitorang dah makan dulu tuu.hehe.bole kan bole kan ?

Monday, October 11, 2010

last TEEN !





HAPPY BIRTHDAY !

SANAH HELWAH !

SELAMAT ULANGTAHUN !

SELAMAT HARI LAHIR !

SELAMAT HARI JADI !


11 OKTOBER 1991-11OKTOBER 2010

THIS IS YOUR LAST teen,HUDA !

after this number 1 will be change into 2 !

two IS better than one ?




hope u'll be a better person than before and succes in your life,HUDA.insya Allah ! ;D

tanx All for the wishes, birthday present and the suprises too !

THANK YOU <3

Friday, October 8, 2010

awaken





Awaken - Maher Zain

We were given so many prizes
We changed the desert into oasis
We built buildings of different lengths and sizes
And we felt so very satisfied
We bought and bought
We couldn’t stop buying
We gave charity to the poor ’cause
We couldn’t stand their crying
We thought we paid our dues
But in fact
To ourselves we’re just lying
Oh

I’m walking with my head lowered in shame from my place
I’m walking with my head lowered from my race
Yes it’s easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves

We were told what to buy and we’d bought
We went to London, Paris and Costa Del Sol
We made show we were seen in the most exlusive shops
Yes we felt so very satisfied

We felt our money gave us infinite power
We forgot to teach our children about history and honor
We didn’t have any time to lose
When we were.. (were)
So busy feeling so satisfied

I’m walking with my head lowered in shame from my place
I’m walking with my head lowered from my race
Yes it’s easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves

We became the visuals without a soul
despite the heat
Our homes felt so empty and cold
To fill the emptiness
We bought and bought
Maybe all the fancy cars
And bling will make us feel satisfied

My dear brother and sister
It’s time to change inside
Open your eyes
Don’t throw away what’s right aside
Before the day comes
When there’s nowhere to run and hide
Now ask yourself ’cause Allah’s watching you

Is He satisfied?
Is Allah satisfied?
Is Allah satisfied?
Is Allah satisfied?

Oh
I’m walking with my head lowered in shame from my place
I’m walking with my head lowered from my race
Yes it’s easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves



p/s:Maher Zain dtg Malaysia :)


Thursday, October 7, 2010

you can smile :)


finally got internet ! hee.now,new house da pasang wireless so senang nak online and searching !:)
barang2 rumah pon almost complete! juz need for waiting 2 more housemates come back from Malaysia :D
cepatt balekk korangg ! (^^,)v

sekarang ni tgh saket2 tekak plus tekak keringgg plus coughingg !
even da minum air banyakk stil keringg ;( bila batuk2 when lecture or practical or when many people in around.ohhh ! sgt2 tak comfortable !sabar ya huda .semoga cepat sembuh :) <3

sempat belajar bahasa baru lagii dgn orang arab kat kedai internet yg kitorang mintak pasangkan wireless tu ! haha ;DD ITALIAN.sbb dia penah kerja kat italy for 3 years.tapi tak fhm sgt pon apa yang dia ajar.haha.coz i didn't know how to spell the words ! and how to speak correctly ! rasa macam terbelit lidah jeek.

"capito ?"
"buonanotte ?"

haha.ape2 ajee.


bulan syawal hampir menutup tirainya.actually sejak sampai egypt memang dah tak rasa pun aidilfitrinya.berbeza dengan Malaysia yang pastinya masih sibuk dengan openhouse sana sini.huhu.neway,berpuas hati jugak laa dengan hasil kutipan duit raya tahun ni.hehe.duit raya dah pon masuk bank before fly haritu.hahaha.*bersyukurlah dengan duit raya yang anda dapat sebelum giliran anda pula tuk memberi duit raya ! muahaha ;D* zaman untuk anda mendapat duit raya semakin tamat ye huda ! *mcm budak2 pulak ! be matured ok huda :)

berpuas hati jugak sepanjang cuti haritu coz dapat spend time wif family and friends ~ <3>


Friday, October 1, 2010

updatessssss !


yes, now i'm in egypt ! hari ni sempena hari jumaat,diisytiharkan cuti ! haha.memang cuti hari jumaat pun kat sini.tade yg special ape pun na isytihar2 plak en.yang special nye cuma diz year got two days for holidays every week ! hee. last year only friday.just for one days ! syukur Alhamdulillah.
setelah beberapa hari sejak pulang ke egypt ni busy mengemas,membersih,menyusun atur segala barang kat rumah niy yang berhabuk berhapak bersepah dan bermacam2 ber lagi...hari ni kiranya dapat la melepaskan lelah jugak..almaklumlah rumah ni baru je pindah.masa balek malaysia ritu disebabkan balek awal so cuma dapat pack barang and mintak tolong housemate pindahkan barang jee.

selamat sampai kat mansoura lebih kurang 1 pagi jam egypt.lbih kurang 11 jam dlm flight.ditambah transit selama 4 jam.then,masa kat bahrain ada sedikit problem teknikal.so flight kne delay la sekejap.penat tak penat en.sampai2 tgok bilik...jeng..jeng..jeng..haha macam stor suda jadik kan...tp skang da tak laa k..;)

bygkan sampai sini just for 2 days can loss weight 2 kg ? haha. *thumbs up* la en.
but entah2 juz tuk beberapa hari yg awal ni je kan.then,gain weight balek.adoi.=,=

sampai sini jela menconteng si blog ni.continue finishing objectives for presentation pbl case 1 !

p/s: skang ni egypt - malaysia da beza 6 jam ! set back ur clock and watch for who did'nt auto-update time ;p

semata mata nak beli kipas.no delivery punye pasal.tersepit ku disitu.naseb baek muat gak masuk.kalau tak ade pulak kene dok atas bumbung teksi uh .haha.pasrahh ! =,=

Sunday, September 26, 2010

NEW semester



*click tuk tumbesaran*haha :D


sem baru semangat baru ! yela tuu ;D

got division A ! ;(

tak tau na sedih ke gembira.masa first year dua dua sem dapat division B.
kiranya ta kena kejutan elektrik laa if dapat case coz da dpt la sedikit sebanyak gambaran dari division A.sebab kitorang got case lewat sehari.tapi tu masa FIRST YEAR laa.

but now sem baru ni.tengok jadual nya yang tak berapa faham tuu.tapi apa yang dapat faham daripada observation jadual tu.dua dua division serentak dapat case.i mean the same day.
so FAIR laa for both division.heheh ;p

but quite sad coz i'm alone again.among my housemate,i'm only one got division A.others got division B.

p/s :hope dapat sesuaikan diri dalam pbl group yang baru niy :D

Friday, September 24, 2010

kenapa?


mungkin ada sesiapa yang pernah nak menjenguk blog niy tapi di private kan seketika .kenapa?
blog ni ditutup sementara untuk mencari ketenangan.haha.ketenangan dari apa pun tak tau laa ye.mungkin tiada mood untuk update so diambil keputusan tuk di private sementara.


3days left.

GOODBYE MALAYSIA.HELLO EGYPT!

Cuti yang hampir 3 bulan lebih telah hampir kepada penghujung nya.

kepada membe2 yang tak sempat berjumpa sepanjang cuti ni.insyaAllah tahun depan ada lagi.;p

kepada membe2 yang sempat berjumpa jugak,semoga tahun depan jumpa lagi ye!insyaAllah ;p

lepas masing2 semua da mengambil hala tuju masing2.ada yang ke utara selatan timur barat.barulah sedar bukan senang tuk berkumpul ramai2 semula.huhu.cuti pon laen2 kan.

hope nex year,if panjang umur murah rezeki dapat balek Malaysia lagi,kita konvoi raya lagi okey!;D


hati ni da rindu jugak kat mesir walaupun kadangkala macam tanak balek jugak.hihi.tapi perjuangan perlu diteruskan.chewwah.insyaAllah ada 5 tahun lagi kot.=,=
kepada housemate yg da balek mesir.nantikan kepulangan ku!;D

whooa.balek ni da ade junior!tanakk!haha.jujur gila.na muda sentiasa pulak.;p
papehal pon,all the best for the second year ye huda!
maken lama maken tough so phm2 je la.jgn dok sana maken mengembang badan je.aiyoo;(


Tuesday, September 14, 2010

none

buat masa ni mood update blog tade.

mood yang ada: beraya! beraya ! beraya !








oh tidak! 13 days left ! im gonna miss you, MALAYSIA!

Sunday, September 5, 2010

1st testing:)




1st testing baking moist chocolate cake.heheh;D
that's the result~



Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin

to all BLOGGERS



especially to my FOLLOWERS;D


Friday, September 3, 2010

again and again

saya selalu tertanya tanya siapa the anynomous yang selalu menceroboh my blog.
again and again saya terpaksa delete shout box!who are you actually?

dear anynomous,anda selalu datang tidak diduga.saya rasa anda adalah orang yang sama sejak tahun lepas.please,if u've any problem with me.tell me personally.tq;)

dear bloggers,im sorry bcoz shout box will be dissappeared for a while.~

Tuesday, August 31, 2010

riang riang raya


sempena hari raya yang akan menjelang tiba tak lama lagi.nak tanya la kepada rakan rakan blogger sekalian macam mana persiapan raya anda semua?
apa warna tema baju raya tahun ni?merah?hijau?kuning?hitam?biru?atau PELANGI?hehe.
yang pastinya berapa pasang?ade ke yang sampai 30 pasang?30 hari raya 30 pasang baju.tiap2 hari baju raya baru.amboi2.jangan sampai macam tu naa~

apa kuih raya febret korang bila tiba musim raya?kira kuih wajib yang mesti ada atas meja laa bila hari raya.kalau tak de kuih tuh macam tak raya laa jawabnya.yang paling penting kuih buatan sendiri atau kuih tunjuk?hehe.berapa jenis kuih dan berapa balang kuih dah sedia?

skang niy kat rumahku.belum masuk raya lagi ade la dalam 4 ke 5 balang kuih dah habis.hehe.tuan rumah dah makan dulu la pulak.kononnya untuk mencuba dan merasa kesedapan kuih.so bila dah tersedap tu,tgn mcm tak berhenti pulak dripada untuk merasa lagi dan lagi.tapi dun worry untuk tetamu yang bakal datang beraya kerumah nanti,stok kuih masih ada lagi.hehe.kat rumahku kuih cornflakes madu dgn cornflakes coklat memang jadi kuih wajib buatan sendiri tiap tahun.tapi buat sendiri makan sendiri.tak sampai berapa hari jek dah habis dah.itulah yang selalu terjadi.kiranya cornflakes madu ngn cornflakes coklat tuh cuma menjadi kuih raya bagi kami adik beradik.hehe~
cornflakes coklat

cornflakes madu



kalau korang pulak macam mana?

p/s:semua gambar hiasan dari cik google;p

lailatul qadar

Salam 'alayk.harini da masuk bulan september.1 september.pejam celik pejam celik da nak sebulan kan kita berpuasa;)
skang ni pun da masuk 10 terakhir ramadhan yang mana pencarian LAILATUL QADAR telah pun bermula.


Al-Quran macam mana?da juzu' berapa?
kepada yang dah khatam Al-Quran dalam bulan ramadhan ni.Alhamdulillah:)
moga Allah beri kekuatan kepada kita untuk terus beramal dan beribadah kepada Nya~

Saturday, August 28, 2010

Asas Aurat

ASAS AURAT

Islam telah menggariskan batasan aurat pada lelaki dan wanita.Aurat asas pada lelaki adalah menutup antara pusat dan lutut. Manakala aurat wanita pula adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.

Aurat lelaki pada bila-bila masa dan apabila bersama-sama sesiapa pun adalah sama iaitu antara pusat dan lutut. Tetapi bagi wanita terdapat perbezaan dalam beberapa keadaan antaranya :

1. Aurat Ketika Sembahyang

Aurat wanita ketika sembahyang adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.

2. Aurat Ketika Sendirian

Aurat wanita ketika mereka bersendirian adalah bahagian anggota pusat dan lutut. Ini bererti bahagian tubuh yang tidak boleh dilihat antara pusat dan lutut.

3. Aurat Ketika Bersama Mahram

Pada asasnya aurat seseorang wanita dengan mahramnya adalah antara pusat dan lutut. Walau pun begitu wanita dituntut agar menutup mana-mana bahagian tubuh badan yang boleh menaikkan syahwat lelaki walaupun mahram sendiri.

Perkara ini dilakukan bagi menjaga adab dan tatsusila wanita terutana dalam menjaga kehormatan agar perkara-perkara sumbang yang tidak diingini tidak akan berlaku.

Oleh itu, pakaian yang labuh dan menutup tubuh badan dapat menutup syahwat lelaki. Pakaian yang digalakkan walaupun semasa bersama mahram adalah pakaian yang lengkap dan labuh.

Syarak telah menggariskan golongan yang dianggap sebagai mahram kepada seseorang wanita iaitu :

1.Suami

2.Ayah,termasuk datuk belah ibu dan bapa

3.Ayah mertua

4.Anak-anak lelaki termasuk cucu sama ada dari anak lelaki atau perempuan

5. Anak-anak suami

Dalam perkara ini islam mengharuskan isteri bergaul dengan anak suami kerana wanita tersebut telah dianggap dan berperanan sebagai ibu kepada anak-anak suaminya.

6. Saudara lelaki kandung atau seibu atau sebapa

7. Anak saudara lelaki kerana mereka ini tidak boleh dinikahi selama-lamanya

8. Anak saudara dari saudara perempuan

9. Sesama wanita sama ada kaitan keturunan atau seagama

10. Hamba sahaya

11. Pelayan yang tidak ada nafsu syahwat

12. Anak-anak kecil yang belum mempunyai syahwat terhadap wanita. Walau pun begitu, bagi kanak-kanak yang telah mempunyai syahwat tetapi belum baligh, wanita dilarang menampakkan aurat terhadap mereka.

Al-quran dengan jelas menerangkan perkara ini dalam surah An-Nur ayat 31 yang bermaksud :

" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan, dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka, dan bertaubatlah kamu sekalian kepada allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya".

Imam Syafie berpendapat perhiasan yang dimaksudkan dalam ayat diatas terbahagi kepada dua makna iaitu:

1. Perhiasan yang bersifat semulajadi seperti muka,pipi,mulut,mata,bibir,hidung,kaki,betis,peha dan lain-lain anggota.

2. Perhiasan seperti pakaian,alat-alat solek,cincin,rantai leher, gelang kaki dan sebagainya.

Oleh itu, umat islam digalakkan mengawal diri agar tidak melanggar batasan-batasan yang telah digariskan oleh islam terutamanya dalam soal perhiasan dan berpakaian.

4.Aurat Ketika Di Hadapan Lelaki Bukan Mahram

Kewajipan menutup aurat dihadapan lelaki bukan mahram adalah amat penting dan perlu dilaksanakan oleh setiap wanita, bagi mengelak berlaku perkara yang tidak diingini seperti rogol dan sebagainya.

Perkara ini terjadi disebabkan memuncaknya nafsu para lelaki akibat dari penglihatan terhadap wanita yang memakai pakaian yang tidak senonoh dan mendedahkan sebahagian tubuh badan mereka.

Wanita yang bersuami pula, dengan terlaksanakan kewajipan ini, akan dapat membantu suami, yang mana dosa seorang isteri yang membuka aurat akan ditanggung oleh suami.

Oleh itu, wanita-wanita perlulah memahami batas-batas aurat ketika berhadapan dengan orang-orang yang tertentu dalam keadaan yang berbeza-beza.

5. Aurat Ketika Di Hadapan Wanita Kafir

Aurat wanita apabila berhadapan atau bergaul dengan wanita bukan islam adalah tutup keseluruhan tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan.

Rasulullah s.a.w bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud : Abdullah bin Abbas ada menyatakan, Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang maksudnya : " Tidak halal kaum wanita islam itu dilihat oleh kaum Yahudi dan Nasrani".

6. Aurat Ketika Bersama Suami

Apabila seorang isteri bersama-sama dengan suaminya di tempat yang terlindung dari pandangan orang lain, maka islam telah memberi kelonggaran dengan tiada membataskan aurat pada suaminya.

Ini bererti suami dan isteri tiada sebarang batasan aurat terhadap mereka berdua. Isteri boleh mendedahkan seluruh anggota badannya bila berhadapan dengan suaminya.

Mu'awiyah bin Haidah mengatakan : "Aku pernah bertanya : Ya rasulullah , bagaimanakah aurat kami, apakah boleh dilihat oleh orang lain?". Baginda menjawab :"Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau hamba abdi milikmu". Aku bertanya lagi :" Ya rasulullah , bagaimanakah kalau ramai orang mandi bercampur-baur di satu tempat? " Baginda menjawab : "Berusahalah seboleh mungkin agar engkau tidak melihat auratmu". Aku masih bertanya lagi: " Ya rasulullah, bagaimanakah kalau orang mandi sendirian?" Baginda menjawab : " Seharuslah ia lebih malu kepada allah daripada malu kepada orang lain". (Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud)



PENGERTIAN AURAT

Aurat diambil dari perkataan Arab 'Aurah' yang bererti keaiban. Manakala dalam istilah feqah pula aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan.

Di dalam islam terdapat beberapa keadaan di mana masyarakat islam dibenarkan membuka aurat dan ia hanya pada orang-orang yang tertentu. Di dalam risalah ini akan diterangkan beberapa perkara yang bersangkutan dengan aurat untuk dijadikan renungan dan tatapan bersama.

PERINTAH MENUTUP AURAT

Perintah menutup aurat telah difirmankan oleh allah s.w.t dalam surah al-ahzab ayat 33 yang bermaksud :

"Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu, dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat, dan taatilah kamu kepada allah dan rasulnya. Sesungguhnya allah (perintah kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan dari kamu wahai "Ahlu Bait", dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).

Dari penerangan ayat di atas, jelaslah kepada kita bahawa hukum menutup aurat adalah wajib sebagaimana wajibnya perintah mengerjakan sembahyang,berzakat dan perintah-perintah yang lainnya.

Dengan menutup aurat, wanita islam mudah dikenal dan dapat mengelak dari diganggu oleh mereka yang ingin mengambil kesempatan.

Wanita yang menutup aurat akan mudah dikenali.Jika sekiranya mereka membuka aurat dengan sewenang-wenangnya, maka dengan secara tidak langsung mereka cuba merangsang lelaki untuk mengganggunya. Maka berlakulah perkara-perkara sumbang,dengan itu juga akan timbullah berbagai-bagai fitnah dari masyarakat tentang diri mereka.

Dalam hal ini allah s.w.t telah berfirman dalam surah al-ahzab ayat 59 yang bermaksud :

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu.Dan (ingatlah) allah adalah maha pengampun lagi maha mengasihani.









"...dan setan telah menjadikan terasa indah bagi mereka perbuatan-perbuatan (buruk) mereka,sehingga menghalangi mereka dari jalan (Allah),maka mereka tidak mendapat petunjuk,"(27:24)


"maka apakah pantas orang yang dijadikan terasa indah perbuatan buruknya,lalu menganggap baik perbuatannya itu?Sesungguhnya Allah menyesatkan siapa yang Dia kehendaki dan memberi petunjuk kepada siapa yang dia kehendaki."(35:8)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails